Chance Seekers

#2 Daftar Akaun


Assalamualaikum,

Kita rata-rata sudah tahu dan faham bagaimana eBay berfungsi. Jadi, apakah tindakan kita? Tindakan. Ramai orang tahu perniagaan adalah 9/10 dari sumber rezeki. Ramai orang tahu cara hendak buka perniagaan tidak kira perniagaan apa pun.

Perniagaan atas talian? Pasar malam? Premis? Rumah ke rumah?

Ataupun perniagaan apa yang hendak dilakukan. Cupcake? Percetakan baju? Dan sebagainya. Tetepi, sekadar tahu tanpa tindakan hanyalah sia-sia.



Tepat sekali ungkapan ini. 


Jadi apakah tindakan kita sekiranya mahu berniaga dan mempromosikan barangan kita di eBay.

Sebagai seorang usahawan eBay, antara perkara wajib yang perlu ada ialah akaun eBay dan akaun Paypal. 

Akaun eBay digunakan untuk mengakses masuk ke website eBay jadi barulah kita boleh menyenaraikan barangan kita ataupun mahu membeli barangan yang dijual di sana.

Cara daftar akaun eBay ialah :

1. Layari ebay.com.

2. Klik register button.


3. Isikan semua maklumat yang diminta.





4. Kemudian submit.
       Apabila selesai submit, anda akan dibawa ke halaman ini.




5. Kemudian anda boleh 'continue' dan ke My eBay (Bahagian atas kanan) untuk mengemaskini       maklumat peribadi anda seperti alamat rumah dan nombor telefon.

6. Jangan lupa cek email dan klik link yang dihantar oleh pihak eBay untuk verified akaun anda.


Sekarang anda sudah ada akaun eBay. Jadi anda sudah layak untuk membeli dan menjual di eBay (sesudah anda daftar Paypal pula). Pembelian yang anda lakukan akan dihantar ke alamat yang anda masukkan dalam maklumat peribadi anda. Jadi menyediakan maklumat yang tepat sangat diperlukan bagi mengelakkan sebarang masalah penghantaran.

Sekarang, anda perlu untuk mendaftar akaun Paypal pula. Langkah seterusnya, daftar akaun Paypal.



#Note | Sekiranya anda mencari ebook yang sesuai untuk mengajar anda tentang eBay dengan lebih mendalam. Cara buat sale | Jana income automatik | autopilot | Senarai pembekal yang membantu anda menghantar barang tempahan anda ke luar negara | Cara bisnes tanpa perlu simpan, bungkus dan hantar tempahan | dan banyak lagi tips-tips untuk berjaya dalam pasaran eBay dari seorang yang telah berjaya dalam rangkaian bisnes bersama eBay! Saya mencadangkan eBook dari ruang BestSeller kami dibawah. Selamat bermula!

#BEST SELLER | The Automatic eBay Powerseller

Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © / iEntrepreneur2u

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger